Thursday, April 19, 2012

Apa itu Android?

Dewasa ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?


Untuk makluman, Android adalah sistem operasi (OS) untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance,iaitu konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh diperolehi, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Kebanyakkan telefon pintar hari ini menggunakan Android sebagai tulang belakang aplikasi telefon tersebut. Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Samsung Galaxy Ace, Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S2, Sony Ericsson Xperia S, HTC Desire S, dan sebagainya. 
Gambar di bawah ialah infografik sejarah Android. (Sila klik pada gambar untuk saiz sebenar)
sejarah android

Sistem Operasi Android adalah platform smartphone yang terlaris di dunia masa kini, mengalahkan Sistem Operasi yang lain seperti Symbian-Nokia, Apple dan lain-lain.  Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Terdapat pelbagai applikasi yang sangat berguna bagi memudahkan urusan kehidupan harian kita. Selain itu terdapat beribu-ribu permainan (Games) yang boleh dimuat turun secara percuma.  Justeru itu, terserah pada kita untuk menjadikan Android kita lebih berguna dan menyeronokkan..

Selamat Datang Ke Dunia Android..

No comments:

Post a Comment